Sunday, June 11, 2006

Rebah terus melangkah..

Merangkak tetapi sampai, terlebih baik dari berlari putus di jalan.

Telah aku redahi
Aku rebah....
aku tersungkur
Lalu bangkit berbekalkan azam
Juga iman
Darimu Tuhan Dalam
Meneruskan perjuangan


Kita mesti berusaha mendapat sesuatu yang baik untuk hidup seterusnya. Kita yang membuat perancangan yang menentukan bahagia atau derita, mesti mencari jalan menyingkirkan diri dari jalan sengsara dan celaka. Kita yang mencari arah hidup sendiri, tidak boleh menyerahkan hidup kepada takdir semata.
Apakah anda ada mencuba memikirkan setiap hari bagaimana anda dapat menyenangkan orang lain.
Menggembirakan hati seorang mukmin sekelip mata adalah lebih baik daripada mengerjakan ibadat sunat satu tahun (Hadis).
Kalau hendak menang dalam pergaulan kebiasaan :
1 Caci disambut dengan senyum
2 Penghinaan ditangkis dengan lemah lembut
3 Kemarahan dibalas dengan diam
4 Kejahatan dibalas dengan kebaikan.

*Kan rasa bahagia jika mampu membuat org lain tersenyum gembira*

0 Comments:

Post a Comment

flickr