Thursday, July 20, 2006

Kurniakan Daku...Setulus Kasih

Ya ALLAH...
Sekiranya dia adalah jodohku pilihan Mu diArash ....berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk dapat bersamanya. ....Sekiranya dia adalah jodoh ku yang akan membimbing tanganku dititianMu ....kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya ....Sekiranya dia adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu ....limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan patuh kepadanya....Sekiranya dia adalah yang terbaik untukku di DuniaMu ....peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya....Sekiranya dia adalah jodoh yang dirahmati olehMu ....berilah aku kesabaran dan kekuatan untuk menghadapi segala dugaan dan cabaran ini.......Ameen...
21/07/06

0 Comments:

Post a Comment

flickr