Thursday, September 21, 2006

Kampung Bonda Ku


Tidak ku sangka..begitu aktif penduduk kg halaman bondaku yg tercinta ni. Tehel, Jasin Melaka bandaraya bersejarah..Tu sbb aku pun suka balik kg mak..Environment mmg best..tp tak la secanggih n semoden mana pun..cuma keakraban n semangat kemasyarakatan yg ditunjukkan...mmg ade umph..macam2 xtvt ade...tgoklah..siap ade website lagi...sila2 lah jentik link di bawah ni utk keterangan lanjut...my untie terlibat sama as one of the AJK di kampung tu..seriuss...mmg xsangka betul aku...ape yg mampu aku cakapkan,it is great!
Serba Sedikit Sejarah Kampung Tehel

Kampung Tehel dibuka pada Tahun 1808 oleh 4 orang keluarga berturunan Bugis bernama Mampek, Montok, Sakah dan Sabih. Mereka datang melalui Muara Sungai Duyong, Kandang, Bukit Lintang dan Tanjung Laboh ( Tehel )
Penempatan penduduk pada masa itu di Gapam, Pengkalan Badak, Parit Lampong, Lesong Batu, Tanjung Laboh dan Bukit Tinggi (Bukit Cermin). Mereka menjalankan kegiatan Menanam Padi, Berkebun, Menternak dan Menanam Teh.
Pada Tahun 1880 Sidang Ismail bin Senin telah dilantik mengetuai masyarakat (adat). Seterusnya pada Tahun 1882, Imam Maalim bin Jaafar mengetuai syarak kepada 38 keluarga semasa itu.
Nama Kampung Tehel berasal dari sebutan Orang Putih “ Tea Hill “ iaitu Bukit Tinggi di tanam Teh. Orang Melayu pula menyebut Teh…Hel...
Keluarga Bugis ini dikebumikan di Lesong Batu dan Kandang (Bukit Jinjing).
posted on 21/09/06

0 Comments:

Post a Comment

flickr